Kehidupan peribadi P._Ramlee

Perkahwinan dan keluarga

P. Ramlee & Saloma

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 17 September 1947[11] tetapi perkahwinan mereka menemui kegagalan pada tahun 17 Oktober 1953. Perkahwinan kedua beliau adalah dengan Noorizan Mohd. Noor pada 6 Februari 1955 yang merupakan seorang kerabat diraja bagi Negeri Perak yang sanggup meninggalkan kehidupan di istana demi cintanya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi beliau lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seni yang menyebabkan perkahwinan mereka berakhir pada 16 Oktober 1961. Kali terakhir adalah dengan Saloma pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.

P. Ramlee dalam filem Madu Tiga

Wanita yang mencintai beliau mempunyai sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintainya ketika masih belum terkenal. Seterusnya, Norizan pula mencintainya sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal. Walau bagaimanapun, Saloma mencintainya dengan seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa. Perkara ini yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.

Anak-anak

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami daripada filem Tiga Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contohnya Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

  1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)
  2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1955-1998)
  3. Sazali : Anak angkat (lahir 1957)
  4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
  5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
  6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
  7. Betty : Anak angkat
  8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
  9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1965-2007)
  10. Salfarina @ Dian P. Ramlee : Anak angkat (keturunan Cina) juga merupakan seorang pelakon terkenal Malaysia.

Rujukan

WikiPedia: P._Ramlee http://www.7digital.com/artist/p-ramlee http://www.astroawani.com/berita-hiburan/nafas-bar... http://www.imdb.com/name/nm0708422/ http://www.inspirasimagazine.com/p-ramlee-the-musi... http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/Krono... http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/Malay... http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/Merde... http://www.malaysiakini.com/letters/147582 http://www.malaysiandigest.com/frontpage/29-4-tile... http://www.p-ramlee.com/p-ramlee/memorial.htm